Perumahan Warsaw
Perumahan Warsaw

Perumahan Warsaw

Kawasan Perumahan Warsaw (Jerman: Ghetto Warschau; Poland: Getto warszawskie) merupakan ghetto di Eropah taklukan Nazi yang terbesar bagi orang Yahudi semasa Perang Dunia II. Ia didirikan oleh pihak berkuasa Jerman Nazi di kawasan kejiranan Muranów di ibu negara Poland antara bulan Oktober hingga 16 November 1940; didalam wilayah Kerajaan Am baru di Poland taklukan Jerman. Ia menempatkan lebih 400,000 orang Yahudi dalam kawasan seluas 3.4 kilometer persegi (1.3 batu2). Dari situ, sekurang-kurangnya 254,000 penduduk di situ dihantar ke kem penghapusan Treblinka sepanjang dua bulan ketika musim panas tahun 1942.Angka kematian dalam kalangan penduduk perumahan sesak Yahudi itu, antara pengusiran ke kem penghapusan sehinggalah Großaktion Warschau dan pemberontakan ghetto Warsaw adalah sekurang-kurangnya 300,000 orang.[1][2][3][4]

Rujukan

WikiPedia: Perumahan Warsaw http://www.druhasvetovavalka.cz/galerie.php?g=wars... http://www.izrael.badacz.org/historia/szoa_getto.h... http://www.ushmm.org/wlc/article.php?ModuleId=1000... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://www1.yadvashem.org/odot_pdf/Microsoft%20Wor... http://www1.yadvashem.org/yv/en/exhibitions/warsaw... http://warszawa.getto.pl/index.php http://www.ipn.gov.pl/download.php?s=1&id=8845 http://www.holocaustresearch.pl http://www.sztetl.org.pl/en/selectcity/